TUN SAKARAN MARINE PARK
Oleh: ABDULLAH SANI HJ. ABDUL SALLEH
SETELAH sekian lama menunggu kedegilan Pengurusan Sabah Park untuk mengadakan perjumpaan dengan Lcf-TSMP, melalui beberapa surat yang dikemukakan, nampaknya perkara ini harus diselesaikan melalui landasan dan peraturan Undang-Undang.
Selaku Pengerusi Lcf-TSMP dan juga Pemilik Tunggal bergeran yang masih hidup di dalam Tun Sakaran Marine Park ( Sebangkat ), saya telah jemu dengan perundingan dan segala ikhtiar selama ini berhubung Tun Sakaran Marine Park yang telah diwartakan oleh kerajaan Negeri Sabah pada 2004.
Enam (6) peraturan dan janji pihak kerajaan Negeri kepada pemilik pemilik Tanah dalam Taman berkenaan melalui SATU Warta Kerajaan Negeri Sabah 2004 yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sabah, tetapi tiada satupun yang telah dipenuhi oleh pihak kerajaan. Justeru itu pewartaan berkenaan yang dianggap menguntungkan Komuniti adalah tidak benar sama sekali.
Mengikut pelan pengurusan Taman Sabah yang dikendalikan oleh Darwin Initiative satu badan dari komuniti Eropah yang telah mengeluarkan berjuta-juta peruntukan untuk program pemeliharaan (Tidak pernah sampai kepada Pemilik Pulau dan Waris Taman Marin) program itu akan tamat pada 2009.
Namun wang dan peruntukan ini tidak pernah dilihat dan siapa yang menghabiskannya.
Jesteru itu tiada gunanya Taman ini diwartakan jika hanya bertujuan untuk mempupolarkan nama seseorang sahaja tanpa memberi manafaat kepada pemiliknya. Kami berharap pihak kerajaan lebih sentitif terhadap taman ini, kerana Taman ini ada pemiliknya sebelum diwartakan dan selepas diwartakan oleh kerajaan Negeri Sabah pada 2004.
Pewartaan kawasan seluas 100,000 ekar kawasan laut itu telah menyebabkan kesulitan ekonomi kepada pemiliknya yang dihalang secara fizikal dan undang-undang merancang masa hadapan pulau masing-masing dalam industri pelancongan dan industri rumpair laut.
Pemilik pulau Sebangkat yang mempunyai batu karang seluas 5,000 ekar itu sebenarnya boleh mendatangkan pulangan yang besar daripada industri penanaman rumpai laut kerana melalui kaedah tradisi kawasan berkenaan boleh memuatkan 80,000 baris rumpair laut yang membawa hasil 16,000 tan metrik satu pusingan. Dengan kitaran 5 pusingan pendapatan atau 80,000 metrik ton setahun rumpai laut kering dengan anggaran harga pasaran semasa dan antarabangsa berjumlah RM300 Juta setahun.
INDUSTRI RUMPAIR LAUT TERHALANG DI SEBANGKAT
Pembibitan Seaweeds Di Sebangkat Reef
Stok Seaweeds Kering Yang untuk 'Packing' dan Export
Pusat Pengeringan Seaweed dengan Menggunakan 'Higth Tecknology'
Penempatan Berpusat Seawweds di Tengah Laut Sebangkat Reef
Industri ini membawa pulangan pulangan ratusan juta dari segi nilai ekonomi kepada waris , tetapi oleh kerana tiada kerjasama dari pihak pengurusan Sabah Park maka ia menghadapi bagi memperkembangkannya sejak 2004.
Kami kerugian RM300 juta (Tiga Ratus Juta) setahun daripada anggaran pendapatan rumpai laut di Terumbu Karang Sebangkat kerana pewartaan berkenaan atau 300 billion (Tiga Ratus Billion dalam masa 999 tahun jika kita beranggapan harga pasaran tidak berubah dalam tempoh 999 tahun atau dari segi relatifnya waris Sebangkat kerugian Trillion Ringgit Nilai Ekonomi hasil dari industri rumpai laut tadi ,yang dikeluarkan oleh Sebangkat Reef seluas 5,000 ekar itu . Jesteru pihak kerajaan negeri diminta jangan memandang enteng kepada perkara ini , bagi melaksanakan pewartaan yang telah dipersetujui oleh pemiliknya dan waris di pulau berkenaan.
Perkara ini tidak masuk kerugian yang dialami segi pendapatan sumber ekonomi Pelancongan, Akuakultur, Perikanan dan Industri laut yang lain. Di samping itu para pengusaha luar setakat ini telah menanam hampir 10,000 baris rumpai laut (10 % kawasan) di pulau berkenaan.
Sementara itu para waris yang bercadang untuk membangunkan pulau-pulau lain di dalam Taman ini telah tersekat oleh peraturan Sabah Park disebabkan mereka tidak mempunyai geran, walaupun berkali-kali pihak Lcf-TMTS inginkan penyelesaian dengan pihak pengurusan Sabah Park.
Memandangkan tempoh Pemeliharaan telah tamat atau tempoh ‘conservation’ ini telah matang di mana sepatutnya Taman ini dibuka kepada awam semenjak 2009 maka pihak kami membuat keputusan untuk memberikan Altimatum atau kata dua kepada Sabah Park bagi penyelasaian menyeluruh atau kami meminta supaya dikeluarkan dari pewartaan berkenaan.
Saya dan rakan-rakan dalam Lcf-TSMP akan menunggu beberapa minggu ini sebelum membuat keputusan untuk melantik peguam bagi menyelesaikan perkara ini dan saya memberi amaran supaya pihak taman jangan mengeluarkan apa-apa peraturan kepada waris sebelum ia dapat menyelesaikan semua janji yang telah dimaterikan di Dewan Undangan Negeri enam tahun yang lalu.
Lcf-TSMP juga pernah berusaha dengan pihak pentadbiran Daerah (Pejabat Daerah Semporna) bagi maksud ini, namun Pegawai Daerah memaklumkan bahawa perkara ini bukan dalam bidang kuasanya dan meminta pihak Lcf-TMTS berhubung terus dengan Pengurusan Taman Sabah yang terletak di bawah Kementerian Pelancongan iaitu Datuk Masidi Manjun.
Sepatutnya Lembaga Pemegang Amanah yang telah dilantik dapat menjalankan tugas sejak enam tahun dulu terutama menjalankan gerak kerja memagar tanah perkuburan dan diselenggara. Manakala rancangan pembangunan yang telah dibincang dan dipersetujui oleh pihak Pengurusan Taman Sabah bagi menguatkuasakan peraturan kepada kepada orang luar (Bukan Pemilik dan Waris Pulau yang terdapat dalam Warta) sebelum menguatkuasakan kepada pemilik dan waris dalam Taman Marine.
Saya menyeru kepada Lembaga Pemegang Amanah Taman Sabah agar lebih proaktif dalam menjalankan tugas ini kerana anda dibayar gaji dan elaun serta peruntukan jutaan ringgit kepada tanggungjawab yang diamanahkan kepada anda.
Sempurnakanlah tugas anda dan tidak membiarkan pemilik dan pewaris dalam keadaan kebingungan. Sewajarnya pewartaan tersebut dibatalkan bagi membolehkan Taman Marin Tun Sakaran dikembalikan kepada yang berhak bagi membolehkan kami membangunkan hak milik warisan kami dengan sempurna dan terhindar daripada sepak terajak politik yang membingungkan.
Saya juga ingin mengingatkan satu kontrak sosial telah disuarakan oleh Waris Pulau Pulau berkenaan sebelum ini yang berbunyi :-
' KALAU TAMAN SABAH MAIN MAIN SAMA KAMI.... , KAMI JUGA AKAN MAIN- MAIN SAMA ITU TAMAN SABAH '
Ingatlah bunyi Kontrak sosial ini, bunyinya ringan tapi makna besar.
.