25 December, 2011

TUN SAKARAN MARINE PARK GAGAL TUNAI JANJI

WARIS….Semua 8 buah pulau mempunyai wakil dan waris masing masing di TSMP.

SETELAH lima tahun mewartakan Taman Marin Tun Sakaran (TSMP), pihak pengurusan taman sehingga ini tidak berbuat apa-apa untuk menggalakkan atau menunjuk ajar pemilik pulau atau waris pulau yang terlibat dalam pewartaan taman, khasnya Taman-Taman Sabah (Sabah Park).

Kegagalan melaksanakan tugas dan fungsinya untuk memberikan manfaat yang sebenar kepada pemilik dan pewaris pulau dalam taman marin yang terdiri daripada pemilik lapan buah pulau yang terdiri dari Masyarakat Tao-Higad yang ada dalam taman berkeluasan 100,000 ekar (Seratus ribu ekar ) itu.

PETA DAN LOKASI TAMAN MARINE TUN SAKARAN


Taman Marin Tun Sakaran berkeluasan 100,000 ekar, mempunyai 8 buah pulau yang terdiri dari Pulau Sebangkat (Bergeran), Pulau Maiga (Bergeran), Pulau Mantabuan (Bergeran) Pulau Sibuan (Tidak Bergeran), Pulau Tatagan ( Tidak Bergeran ), Pu’Gaya ( Tidak Bergeran ) dan Pulau Bohey Dulang (Tidak Bergeran) semua pewaris telah bersetuju bagi menjaga hak waris kekal semua kawasan terumbu karang di kawasan masing akan dijaga mengikut hak waris di pulau-pulau berkenaan.
Taman Marin Tun Sakaran yang diwartakan oleh kerajaan negeri sejak lima tahun lalu seraya menjanjikan ‘bulan dan bintang’ kepada pemilik dan pewaris pulau ini seolah-olah bodoh dan tidak tahu melaksanakan tugas mereka terhadap apa yang telah dijanjikan dan termaktub dalam undang-undang tubuh kerajaan Negeri Sabah.
Pihak LCF-TSMP (Local Community Forum–Tun Sakaran Marine Park) telah berusaha untuk membantu perlaksanaan program pemuliharaan taman tetapi pihak pengurusan Taman (Sabah Park) Taman Sabah terus dengan sifat dan gaya Britishnya yang bersifat sombong, bodoh dan bongkak dalam corak pendekatannya.



PENGERUSI….Abdullah Sani Hj.Abdul Salleh mempengerusikan Mesyuarat di Pejabat Taman Sabah Semporna bagi membincangkan masa depan Pemilik dan Waris Pulau yang dihadiri oleh Pihak keselamatan, Wakil Adun yang terlibat, Wakil Taman Sabah dan WWF 2005

Terdapat enam enakmen (Perjanjian & Peraturan Taman Sabah Dan Waris Pulau Pulau Ini ) yang sepatutnya dilaksanakan bagi memberikan peluang kepada waris dan pemiliknya untuk mendapat manfaat dari pewartaan, namun apa yang terjadi, pihak luar yang mendapat manfaat berkenaan.

‘Perfomance’ Pengurusan Taman Sabah kepada Pemilik dan Pewaris Pulau adalah 0% (Kosong Peratus) sedangkan janji itu sudah menjadi ‘UNDANG-UNDANG’ yang seharusnya dilaksanakan secara tegas dan berperancangan.

Pihak pengurusan taman hanya tahu menggunakan dan melenyapkan ‘berjuta-Juta’ peruntukan kewangan dari pihak ‘Darwin Community Concervation’ yang disediakan oleh masyarakat Eropah tanpa memberi manfaat wajar kepada pemilik dan pewaris pulau.
Local Community Forum-TSMP yang ditubuhkan pada 2005 bersama Taman Sabah, WWF, Pihak Keselamatan, Jabatan Laut dan Imigresen serta Wakil Adun di daerah ini tidak pernah mengadakan dialog dan perbincangan dengan pihak pengurusan Taman Marin (Sabah Park) walaupun berkali-kali dicadangkan.

Empat surat rasmi telah dikemukakan bagi maksud ini pada 2006, 2007, 2008, 2009 oleh Jawatankuasa Komuniti, kepada Pengarah Taman Sabah, tetapi tiada jawapan diterima, seolah-olah membiarkan penduduk dan pewaris taman dalam keadaan terbiar sejak empat tahun lalu.

Sepanjang pewartaan, dua orang menteri bertanggungjawab terhadap pelancongan Tan Sri Chong Kah Kiat dan Datuk Masidi Manjun telah dimaklumkan mengenai perkara ini, tetapi terus membisu seolah-olah memperlihatkan kebebalan dan ketidakcekapan mereka mengenai pemasalahan yang timbul.

Oleh yang demikian, Jawatankuasa LCF-TMTS, memohon kepada Ketua menteri Sabah dan Penrdana Menteri supaya dapat mengambil perhatian terhadap perkara ini sebelum melakukan niat dan hasrat untuk mewartakan ‘Taman Marin Tun Mustapha’ seluas 1,000,000 juta (Satu juta Ekar) di Kudat, Sabah, supaya masa depan masyarakat Pulau dan pesisiran tidak terus terancam oleh kebebalan Pengurusan Taman Sabah yang dipertanggungjawabkan.

Sikap keji para pegawai berkenaan yang tahu menyalahkan orang lain atau penduduk tempatan serta pewaris tanpa mengambil tindakan wajar terhadap tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka amat dikesalkan.

Dalam hal ini seolah-olah ada satu perancangan besar yang hendak dilaksanakan oleh orang tertentu dalam kementerian berkenaan atau dalam Taman Marin Tun Sakaran bersama pemodal-pemodal atau golongan kapitalis.

Jesteru itu, para pemilik dan pewaris mencabar menteri yang bertanggungjawab supaya turun padang mengadakan dialog atau perjumpaan dengan pihak LCF-TMTS mengenai masa depan Taman Marin Tun Sakaran terhadap pemiliknya dan pewaris yang sah.

Para Pemilik dan Pewaris juga tidak ingin melihat kerosakan batu karang dan pasir di Pulau Mabul tempoh hari yang seolah-olah dipandang remeh oleh Kementerian Pelancongan sehingga menimbulkan desas-desus bahawa hampir keseluruhan kawasan terumbu karang Pulau Mabul seluas 80 ekar yang dipohon telah diluluskan kepada sebuah syarikat sdn bhd, milik atau proksi pemimpin ternama.

Mereka menggesa agar aktiviti perniagaan rumpai laut dan pelancongan haram oleh pihak luar di Taman Marin Tun Sakaran perlu diambil tindakan segera oleh pengurusan berkenaan dan jangan sekali-kali membuat peraturan baru tanpa restu pemilik dan pewaris pulau.

Sejak akhir-akhir ini, ramai ahli politik dan kapitalis yang telah mula membina pusat pelancongan secara haram di Taman Marin Tun Sakaran tanpa merujuk kepada Kod dan etika pemeliharaan selaras dengan syarat yang dipersetujui sebelum ini.

Amat memalukan dan menjijikan tindakan Penguat Kuasa Sabah Park yang terus membisu dan tidak dapat melaksanakan peraturan tetapi pada masa sama merestui projek pembangunan haram di kawasan Taman Marin, umpama peribahasa ‘Cakap Tidak Serupa Bikin‘ atau penyundal penyundal yang hanya tahu bermuka-muka untuk kepentingan sendiri.

Bersambung di rencana akan datang.